Produk & Servis
Produk
Semua orang mahukan produk yang terjamin bersih pembuatannya terutamanya produk makanan.
Beli produk yang kita yakin, nak makan pun rasa selamat. Sayur Fucuk Hasdey adalah produk keluaran bumiputera muslim yang dikilangkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bisnes milik keluarga tempatan ini sudah diusahakan sejak 40 tahun yang lalu. Dahulu proses pembuatan dijalankan di bangsal kecil di tepi rumah sahaja. Sekarang kerja-kerja pembuatan dijalankan di kilang baru dengan bantuan beberapa peralatan moden dan masih mengekalkan penghasilan sayur fucuk buatan tangan.
Sayur Fucuk Hasdey dihasilkan dengan SOP yang ketat serta terjaga kebersihannya. Bahan asas kacang soya yang digunakan adalah diimport dan bermutu tinggi. Sayur fucuk yang terhasil adalah lebih berkualiti, tekstur yang
lebih baik dan mempunyai rasa yang lebih sedap. Mereka yang prihatin tentang makanan dan mahukan bahan masakan yang terjamin bersih dan berkualiti pasti sukakan Sayur Fucuk Hasey.